Sabtu, 16 Oktober 2010

Teknik pancing bulan di bekas lombong

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 04hb April 2010 pukul 12.06 pagi




SOAL: Bagaimana teknik memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong? Apakah umpan paling sesuai dan cara mengelak tersangkut apabila kita menggunakan teknik dasar?

SOAL: Bagaimana teknik memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong? Apakah umpan paling sesuai dan cara mengelak tersangkut apabila kita menggunakan teknik dasar?

JULE, Bandar Melaka.

JAWAB: Ikan bulan memburu hampir semua krutesia kecil dan anak ikan. Seperti ikan siakap, ikan bulan dapat menyesuaikan diri di habitat air tawar dan mampu membiak dengan baik berbanding siakap. Untuk ikan bulan yang mendiami air tawar, saiznya atau tahap pembesaran lebih kecil berbanding ikan bulan air masin.


Untuk memancing ikan bulan di kawasan bekas lombong, udang air tawar paling sesuai digunakan. Jika ingin kepuasan yang lebih teknik casting, gewang kecil berukuran 5 sentimeter adalah teknik paling popular masa kini. Begitu juga kalau menggunakan pancing layang, anda akan mengalami kepuasan lebih teruja kerana ikan menyambar ketika joran dalam genggaman.

Kalau dasar yang dilawati adalah kawasan reba dan terdapat halangan maka teknik pancing apollo adalah kaedah terbaik. Sebaik saja ladung mencecah dasar, angkat dan karau tali pancing mengikut panjang perambut paling kurang tiga depa. Ini bertujuan supaya umpan yang dilabuhkan tergantung keadaan dasar. Jika kita dapat menghindari umpan terlalu hampir dengan dasar yang banyak reba, kemungkinan tali sangkut adalah minimum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan