Isnin, 11 Oktober 2010

Nama Saintifik Ikan Air Tawar

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 12hb April 2010 pukul 8.54 ptg

Baung - Mystur nemurus
Haruan - Chana strictus
Jelawat - leptobarbus hoeveni
Kaloi - Osphroremus goram
iKelah - Tor tambroides
Keli - Clarias batracthus
Ketutu - Oxyeleotris marmoratus
Patin - Pangasius
Tilapia - Tilapia mossambica
Sepat siam - Trichogaster pectoralis
Kelisa - Schropages formosisU
dang galah - Macrobrachium rosenberjii

Maklumat Tentang Ikan Tilapia

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 12hb April 2010 pukul 9.05 ptg

Tilapia diternak diseluruh dunia dengan penghasilannya melebihi 3 juta tan
metrik bernilai US$ 3.6 bilion pada tahun 2004. Menurut statistik dari FAO, penghasilan
tilapia adalah ketiga terbesar selepas salmon dan kap (di seluruh dunia). Tilapia
adalah spesis akuakultur kedua terpenting dunia, dan komoditi makanan laut ketiga
terpenting yang diimport ke AS selepas udang laut dan salmon Atlantik. Akuakultur
tilapia akan terus membangun dan mengembang secara global dan persepsinya
sebagai produk berkualiti akan terus meningkat (Fitzsimmons, 2003). Sekurangkurangnya
85 negara telah menghasilkan tilapia, iaitu ikan yang asalnya daripada
Afrika dan Timur Tengah serta mempunyai rasa yang agak manis dengan tekstur yang
padat. Negara-negara di Asia, Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah adalah antara
negara yang dijangka akan meningkatkan penghasilan tilapia dunia di mana apabila
digabungkan dengan populasi liar akan mencecah US$ 4 billion (Cutland, 2003).

China adalah pengeluar utama dunia. Gabungan China dan Taiwan adalah
penyumbang utama tilapia ke Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, kerana
penjimatan kos pengangkutan dan perjalanan, negara-negara seperti Amerika Latin
telah mula menguasai pasaran tilapia segar di Amerika Syarikat. Walaupun tilapia
terdiri daripada pelbagai spesis, namun, majoriti pengeluar memilih Nile tilapia atau O.
niloticus kerana mempunyai kadar tumbesaran yang cepat. Selain itu, untuk memenuhi
sasaran pasaran eksport kebanyakan pengeluar memilih untuk menternak tilapia
jantan memandangkan tilapia jantan mempunyai kadar tumbesaran yang dua kali lebih
cepat berbanding tilapia betina (Popma & Masser, 1999).
Selain rintang penyakit dan boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai
keadaan, tilapia tidak seperti salmon dan kod di mana ia boleh mengambil pelbagai
jenis diet. Namun begitu, kebanyakan penternak pada hari ini menggunakan pelet yang
terdiri daripada bijirin seperti gandum, jagung atau kacang soya serta mengandungi
sedikit minyak ikan atau makanan berasaskan ikan. Tilapia juga boleh membesar dua
kali ganda lebih cepat daripada ikan-ikan bersirip yang lain dan membesar daripada
telur sehingga kepada saiz pasaran (lebih kurang 2 paun) dalam masa 10 hingga 12
bulan. Keperluan utama dalam penternakan tilapia adalah mengekalkan suhu air pada
28oC (Cutland, 2003).
Posted by admin at 9:37 PM 0 comments
Labels: Ikan Talapia Merah, Penghasilan Tilapia Dunia
Sistem Ternakan Ikan Tilapia Merah / Talapia Merah
Tilapia boleh dibiakkan dalam sangkar, tangki atau di dalam kolam sama
ada secara monokultur atau polikultur. Teknik pengkulturan terbahagi kepada tiga
sama ada ekstensif, semi-intensif atau intensif. Penternakan dalam sangkar biasanya
dilakukan dalam tasik, empangan, sungai, tali air atau di lautan luas. Penggunaan
sangkar adalah lebih baik berbanding kolam dan tangki kerana menjimatkan kos,
kepadatan stok boleh ditingkatkan dan pengurusan yang secara relatifnya adalah lebih
mudah. Biasanya, penternakan di dalam sangkar dilakukan di kawasan yang
mempunyai sumber makanan semulajadi yang banyak dan terlindung daripada angin
10
kencang dan ombak. Sangkar terdiri daripada dua iaitu sangkar pegun atau sangkar
terapung. Pemilihan sangkar bergantung kepada kedalaman air. Sangkar pegun
sesuai digunakan di kawasan yang agak cetek manakala sangkar terapung pula
digunakan di kawasan yang mempunyai kedalaman 5 m.
Kolam digunakan dalam pelbagai keluasan berjulat antara 0.25 – 2 hektar.
Kedalaman air sebanyak 1 – 1.5 m dikekalkan. Tiga kaedah pengkulturan boleh
dilakukan di dalam kolam penternakan. Kaedah ekstensif melibatkan penghasilan
makanan semulajadi di dalam kolam dengan kaedah penyuburan tumbuhan dalam
kolam dengan menggunakan baja organik dan kimia. Kaedah semi-intensif melibatkan
pemberian makanan tambahan kepada ikan di samping membaja makanan semulajadi
yang sedia wujud di dalam kolam. Kaedah intensif melibatkan pemberian makanan
yang cukup kepada ikan dan penukaran air kolam kerap dilakukan untuk mengekalkan
kepadatan yang tinggi. Bagi kaedah intensif, pemilihan kawasan serta penyediaan dan
pembinaan kolam secara asasnya sama dengan pengkulturan bagi spesis lain.
Pengkulturan intensif tilapia di dalam tangki memerlukan makanan tiruan
yang menyebabkan pengurusan air adalah kritikal. Saiz tangki adalah antara 20 – 500
m2 dengan kedalaman antara 1.2 – 1.5 m. Namun, penggunaan tangki memerlukan
kos yang tinggi untuk infrastruktur dan operasi. Antara kos yang lain termasuklah
sumber bahan api, tenaga manusia dan penyenggaraan.
Amaun makanan yang diperlukan oleh tilapia bergantung kepada kaedah
pengkulturan yang digunakan. Makanan komersial diperlukan bagi tilapia yang dibiak
dalam tangki atau kolam yang mempunyai sumber makanan semulajadi yang kurang.
Kadar pemakanan diubah-ubah bergantung kepada berat purata ikan dalam suatu
kolam penternakan.

Tilapia dalam sangkar akan menikmati makanan semulajadi seperti
plankton yang tumbuh liar dalam tasik dan hanya memerlukan makanan tambahan
dalam amaun yang sedikit. Penggunaan makanan tambahan diperlukan bagi
pengkulturan secara intensif dan semi-intensif. Baja organik dan bukan organik
diperlukan bagi pertumbuhan sumber makanan semulajadi bagi dua bulan pertama
pengkulturan. Dalam bulan ketiga dan keempat pengkulturan, sumber makanan
semulajadi menjadi semakin terhad dan oleh itu pemakanan tambahan diperlukan
(Aldon, 1998).
Posted by admin at 9:34 PM 0 comments
Labels: Ikan Talapia Merah, ternak ikan talapia merah
Ikan Talapia Merah
Ikan Talapia Merah

Talapia adalah antara ikan ternak air tawar yang paling penting sebagai
makanan di seluruh dunia. Selain daripada penghasilannya yang semakin meningkat,
tilapia juga antara ikan yang mudah didapati, senang diternak, tidak mudah diserang
penyakit, cepat membiak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat dan
berkemampuan hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan oksigen
yang rendah.

Talapia adalah antara ikan ternak air tawar yang paling penting sebagai
makanan di seluruh dunia. Selain daripada penghasilannya yang semakin meningkat,
tilapia juga antara ikan yang mudah didapati, senang diternak, tidak mudah diserang
penyakit, cepat membiak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat dan
berkemampuan hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan oksigen
yang rendah.

Tilapia adalah sejenis ikan air tawar yang mula mendapat perhatian dunia
dan penggunaannya secara komersial semakin meningkat dan akan terus meningkat
untuk masa yang akan datang. Tilapia berasal dari perairan air tawar di benua Afrika.
Negara pertama di Asia yang memulakan ternakan ikan tilapia ialah Indonesia dengan
menggunakan jenis Tilapia mossambica pada tahun 1939, walaupun tujuan asal ikan
ini diimport adalah sebagai ikan hiasan. Bermula dari sini, kegunaan ikan ini telah
merebak ke lain-lain negara Asia yang beriklim tropika. Ramai yang percaya bahawa
ikan Tilapia mossambica yang pertama telah dibawa masuk ke Malaysia adalah untuk
diternak oleh askar-askar Jepun semasa perang dunia kedua sebagai satu
sumber protein. Namun, spesis ini didapati semakin tidak mendapat perhatian. Ini
kerana, selain warnanya yang tidak menarik, spesis ini mempunyai tabiat pembiakan
yang subur sehingga menyebabkan kepadatan kolam berlaku. Maka, seterusnya
menyebabkan saiz tumbesaran spesis ini terbantut akibat kepadatan yang wujud di
dalam kolam penternakan. Oleh sebab itu, saiz spesis ini yang kecil menyebabkan
spesis ini tidak mendapat perhatian pengguna dan tidak lagi sesuai untuk dipasarkan
sebagai spesis ikan air tawar yang utama.

pada tahun 1972, tilapia Nile (O. niloticus) mula diperkenalkan di
Thailand (Guerrero, 1987) dan pada tahun 1980 ia diperkenalkan di Malaysia (Jabatan
Perikanan Malaysia, 2000). Namun, di Taiwan, Nile tilapia diperkenalkan lebih awal
iaitu pada tahun 1966 oleh Jepun (Kuo, 1984). Nile tilapia yang mempunyai warna
yang lebih menarik dan kadar tumbesaran yang lebih cepat berbanding O.
mossambicus telah menarik perhatian pengguna dan seterusnya menaikkan semula
industri penternakan tilapia sehinggalah ke peringkat komersial di Asia bermula pada
tahun 1980 (Agbayani, 1998).

Namun begitu, beberapa spesis talapia lain mula dikenalpasti untuk situasi tertentu contohnya tilapia biru (O. aureus) untuk ternakan dalam air yang lebih sejuk dan O. spilurus untuk air masin (Anon, 1984). Hibrid talapia merah yang diperkenalkan di Taiwan adalah ‘generasi ketiga’ bagi talapia, di mana manggabungkan sifat-sifat yang digemari seperti warna yang menarik, kadar tumbesaran yang cepat, mempunyai rasa yang lebih sedap, mudah untuk dibiakkan
dan boleh menyesuaikan diri kepada pelbagai keadaan persekitaran (Anon, 1984).
Talapia merah adalah hibrid yang wujud secara semulajadi dan diklasifikasikan sebagai
baka daripada empat spesis tilapia di mana O. niloticus dan O. mossambicus sebagai
spesis dominan.

“Tilapia” adalah nama generic bagi sekumpulan cichlid yang asalnya dari
Afrika. Kumpulan ini terdiri daripada tiga genera yang penting iaitu Oreochromis,
Sarotherodon, dan Tilapia (Popma & Masser, 1999). Terdapat beberapa ciri yang
membezakan ketiga-tiga genera tersebut, namun perbezaan yang paling ketara yang
dapat dilihat adalah berkaitan dengan biologi pembiakan. Kesemua spesis Tilapia
adalah nest builders iaitu telur yang disenyawakan dijaga dalam sarang yang dibina
oleh induk. Bagi spesis Sarotherodon dan Oreochromis pula, kedua-duanya adalah
mouth brooders di mana telur pada mulanya disenyawakan di dalam sarang dan
kemudian induk dengan segera memasukkan telur-telur tersebut ke dalam mulut
sebagai tempat pengeraman sehingga penetasan berlaku. Namun, bagi genus
Oreochromis, hanya tilapia betina yang mengamalkan mouth brooding manakala bagi
spesis Sarotherodon, kedua-dua tilapia jantan dan betina bertindak sebagai mouth brooders. Pada hari ini, kesemua tilapia yang diternak secara komersial terdiri daripada
genus Oreochromis dan lebih 90% adalah O. niloticus. Spesis lain yang turut diternak
adalah tilapia biru (O. aureus), tilapia Mozambique (O. mossambicus) dan tilapia
Zanzibar (O. urolepis hornorum) (Popma & Masser, 1999).

Kematangan seksual bagi tilapia bergantung kepada umur, saiz dan
keadaan persekitaran. Tilapia Mozambique mencapai kematangan seksual ketika
saiznya lebih kecil dan lebih muda berbanding Nile tilapia dan tilapia biru. Populasi
tilapia dalam tasik yang besar mencapai tahap kematangan pada peringkat yang lebih
lambat dengan saiz yang lebih besar berbanding dengan tilapia dari spesis yang sama
yang diternak dalam kolam ternakan yang kecil. Contohnya, Nile tilapia mencapai
tahap kematangan ketika berusia 10 hingga 12 bulan dengan berat mencecah 350
hingga 500 g dalam tasik di Afrika Timur. Bawah keadaan tumbesaran yang baik,
spesis yang sama yang diternak di dalam kolam ternakan akan mencapai tahap
kematangan ketika berusia 5 hingga 6 bulan dengan berat mencecah 150 hingga 200
g. Perbezaan luaran antara fizikal tilapia jantan dan betina dari spesis O. Niloticus
dapat dilihat seperti dalam gambar di bawah
Tilapia merupakan spesis yang rintang terhadap pelbagai jenis penyakit,
sangat lasak, boleh bertoleransi dalam situasi yang padat, mudah dihasilkan dan
berkemampuan untuk hidup dalam air yang berkualiti rendah dengan kandungan
oksigen terlarut yang rendah. Contohnya, O. niloticus boleh hidup pada tahap
kandungan oksigen terlarut yang lebih rendah daripada 0.9 ppm untuk beberapa hari.
Ia juga dapat bertahan pada paras karbon dioksida yang secara relatifnya tinggi,
kekeruhan dan ammonia tidak terion. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran
yang terbaik yang disyorkan untuk menghasilkan pembesaran ikan yang lebih baik
ialah suhu di paras 28oC – 32oC, kandungan oksigen terlarut di paras > 2.5 ppm, pH
pada tahap 6 – 8 dan ammonia di paras yang kurang dari 0.5 ppm (Jabatan Perikanan
Malaysia, 1995). Kebanyakan spesis tilapia juga boleh hidup dalam air masin dan
sesetengahnya boleh hidup dalam air laut (Vannuccini, 1998).
Selain itu, terdapat beberapa spesis tilapia herbivor yang boleh membesar
hanya dengan protein sayuran. Namun, oleh kerana rasa daging tilapia bergantung
kepada diet dan kualiti air, sedikit perubahan dalam diet akan menghasilkan perisa
yang pelbagai dalam isi ikan. Tilapia boleh mempunyai rasa yang hapak sekiranya
jenis-jenis algae tertentu hadir, maka kualiti air adalah kritikal (Vannuccini, 1998).

Maklumat Tentang Ikan Puyu

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 12hb April 2010 pukul 9.08 ptg

Ikan puyu

Ikan Puyu merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.


Potensi Ternakan Ikan Puyu

Ikan puyu seringkali dikaitkan dengan kepercayaan mistik. Mitos mengenai ikan puyu yang kononnya dapat menjadi penghalang serangan toyol dan ilmu hitam bukanlah sesuatu yang jarang kita dengar. Malah ada juga yang mempercayai memelihara ikan puyu boleh dijadikan 'tangkal' bagi menghalang perbuatan jahat.

Selain memelihara ikan puyu untuk tujuan perhiasan atau menjadikannya penghalang kuasa jahat, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai juadah. Ikan puyu mempunyai khasiat yang sama dengan ikan-ikan air tawar yang lain, biarpun persepsi masyarakat menganggap ikan puyu sebagai ikan paya atau ikan lumpur. Ikan puyu merupakan spesis ikan air tawar paling lasak kerana bentuknya bersisik licin dan bersirip tajam, mempunyai jangka hayat yang lama dan mampu hidup lebih lama di atas darat walaupun tanpa air. Biasanya ikan puyu ini akan dibiarkan untuk tempoh 2-3 hari sebelum dimasak bagi tujuan menghilangkan bau lumpur.



Ikan Puyuh -

Nama saintifiknya Anabias Testudineus, turut dipanggil ikan betok oleh penduduk tempatan. Habitat ikan puyu biasanya di sawah padi, tasik, paya, lubuk dan anak sungai.
"Walaupun rupanya kurang menarik, tetapi rasanya sedap!". Memang ramai yang kurang sedar bahawa rasanya yang sedap dan isi yang lembut telah menarik permintaan yang tinggi dari pemborong dan pembeli. Ini kerana ia mempunyai pelbagai khasiat seperti menahan serangan penyakit, meningkatkan tenaga lelaki dan melambatkan proses penuaan bagi wanita. Ikan puyu amat enak digoreng, dimasak lemak cili api ataumasak sambal.

Induk-induk Ikan Puyu:

Ikan Puyu dikenal juga dengan nama Betok, ikan Puyu adalah jenis ikan yang umumnya hidup liar di perairan tawar, ikan ini dikenal juga dengan beberapa nama lain seperti betok atau betik. Dalam bahasa inggris dikenal sebagai Climbing gourami merujuk kemampuannya memanjat ke daratan, umumnya berukuran kecil panjangnya hingga sekitar 25 cm, namun kebanyakan lebih kecil.

Ikan Puyu mempunyai kepala besar dan sisik keras kaku. Sisi atas tubuh gelap kehitaman agak kecoklatan atau kehijauan, sisi samping kekuningan, sisi belakang tutup insang bergerigi tajam seperti duri, umumnya hidup dirawa-rawa, sungai dan sawah, ikan ini memakan aneka serangga dan hewan-hewan air yang berukuran kecil. Puyuh jarang dipelihara orang, dan lebih sering ditangkap sebagai ikan liar, dalam keadaan normal, sebagaimana ikan umumnya, Puyuh bernafas dalam air dengan insang. Akan tetapi seperti ikan Gabus dan Lele, Puyu juga memiliki kemampuan untuk mengambil oksigen langsung dari udara. Ikan ini memiliki organ labirin (Labyrin Organ) di kepalanya yang memungkinkan hal itu. Alat ini sangat berguna manakala ikan mengalami kekeringan dan harus berpindah ketempat lain yang masih berair. Puyuh mampu merayap naik dan berjalan di daratan dengan menggunakan tutup insang yang dapat dimegarkan, dan berlaku sebagai semacam kaki depan. Namun tentu saja ikan ini tidak dapat terlalu lama bertahan di daratan dan harus mendapatkan air dalam beberapa jam atau ia akan mati. Klasifikasi ikan Puyuh dibawah ini :

* Kingdom : Animalia
* Filum : Chordata
* Kelas : Actinopterygii
* Ordo : Perciformes
* Familii : Anabantidae
* Genus : Anabas
* Spesies : Anabas Testidienus

Ikan jantan tubuhnya lebih kecil dari ikan betina.
Ikan jantan akan bergerak lebih lincah dari ikan betina.

Ikan jantan mempunyai satu lubang pada kelamin sedangkan ikan betina mempunyai dua lubang pada kelaminnya. Dan apabila ikan jantan diurut pada bagian perutnya kearah bawah akan mengeluarkan cairan sperma berwarna putih, sedangkan ikan betina apabila diurut pada bagian perut kearah bawah akan mengeluarkan telur yang berwarna bening kecoklatan.




Kolam ikan puyu
Kolam ikan puyu harus di letakkan tumbuhan seperti kiambang ini bagi menggalakkan ikan puyuh mendapat oksigen secara lebih cepat dan mengekalkan suhu air tersebut dan ikan tidak melompat keluar dari kolam . Air tersebut haruslah di letakkan klorin dan di biarkan selama 3 hingga 4 hari. Ikan puyu amat gemar dengan tumbuhan kiambang atau tumbuhan yang hidup di dalam air atau di atas air





Penyuntikan Induk

Penyuntikan terhadap ikan Puyu dilakukan bersamaan antara induk jantan dan betina (penyuntikan dilakukan hanya sekali), adapun hormon yang digunakan dalam penyuntikan ini adalah hormon ovaprim dengan dosis yang di berikan pada penyuntikan tersebut sebesar 0,4 ml/Kg induk baik untuk induk ikan betina maupun induk ikan jantan.

Setelah dilakukan penyuntikan antara induk ikan jantan dan induk ikan betina maka induk ikan tersebut diletakkan pada bak pemijahan untuk melakukan proses pemijahan, dengan perbandingan 3 : 1 (3 jantan 1 betina).

Setelah ikan Puyu memijah selang waktu antara 10 – 12 jam maka induk ikan jantan dan betina diangkat atau dikeluarkan dari bak pemijahan, sementara telur yang telah dipijahkan kita biarkan balam bak tersebut.
Penetasan
Penetasan telur yang telah dipijahkan oleh induk ikan dilakukan pada bak pemijahan yang diberi aerasi sebagai penambah oksigen terlarut di dalam air. Telur ikan Puyu akan menetas antara 10 hingga 12 jam.

Pencemaran Laut

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 04hb Mei 2010 pukul 4.37 ptg

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBANGUNAN & ISU-ISU GLOBAL (MTP 3012)

ISU PENCEMARAN ALAM SEKITAR MERUPAKAN SATU ISU GLOBAL YANG MEMERLUKAN PENELITIAN BERSAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA .

Pencemaran Laut

Malaysia dikelilingi oleh laut di mana terdapat pelbagai aktiviti seperti carigali minyak dan pengangkutan air . Justeru itu Malaysia juga adalah terdedah kepada risiko tumpahan minyak yang besar . Perangkaan menunjukkan bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha carigali dan aktiviti pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan perkapalan yang antaranya paling tersibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30% adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut Semenanjung Malaysia )

Kini, laut semakin terancam oleh aktiviti manusia yang ghairah mengejar materialistik tanpa menghiraukan implikasi kepada alam sekitar . Pencemaran di Asia Tenggara adalah berpunca daripada pelbagai faktor . Kepelbagaian faktor ini menyebabkan kualiti dan kuantiti air laut tercemar dengan begitu teruk tanpa ada satu vaksin yang mujarap untuk memulihkannya . Lebih 90% daripada punca pencemaran laut adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari sektor perkapalan . (Persatuan Pencinta Alam, Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)

Langkah dan kerjasama yang diambil oleh negara-negara berpantai di rantau Asia Tenggara .
Terdapat tiga buah negara yang saling berkongsi perairan iaitu Malaysia, Indonesia dan Thailand . Ketiga-tiga negara ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan bersama . Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara . Walaupun isu Selat Melaka bersifat rumit namun ia tidak pernah menghalang negara-negara berpantai untuk prihatin terhadapnya .

Kejadian yang berlaku pada 6 Januari 1967, telah memaksa negara-negara yang berpantai untuk mengambil satu tindakan yang positif terhadap kejadian tersebut . Di dalam tahun tersebut kapal tangki minyak Jepun yang dikenali sebagai Torry Canyon yang telah didaftarkan di Liberia telah terlibat dalam perlanggaran . Akibatnya berlaku pertumpahan minyak yang mana memerlukan kos yang tinggi untuk membersihkannya . Jumlah kos yang diperlukan pada ketika itu ialah 16 juta dollar .

Buat masa ini Malaysia dan Indonesia melalui ASEAN mereka telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka . Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif bagi kerjasama serantau ini membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan minyak ynag tertumpah di perairan Malaysia .

Selain dari Malaysia, negara-negara berpantai yang lain seperti Singapura turut mewujudkan beberapa badan tertentu untuk mengatasi masalah ini . Kesemua badan-badan yang ditubuhkan ini terletak di bawah satu pentadbiran pelabuhan Singapura atau dikenali sebagai Port of Singapore (PSA) . Syarikat-syarikat minyak juga prihatin dengan isu ini . Mereka telah bergabung untuk membentuk Tierred Area Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak .

Pada tahun 1992, singapura telah mencadangkan penubuhan satu badan khas untuk mengatasimasalah tumpahan minyak . East Asia Response Limited (EARL) akhirnya telah terbentuk dan ia dianggotai oleh lima syarikat minyak terkemuka . Syarikat-syarikat itu ialah ESSO, Petronas, Caltex, Mobile dan Shell . Pertubuhan ini berbeza dari pertubuhan yang lain kerana peranannya yang luas dan tidak terhad di kawasan perairan Malaysia dan Singapura sahaja tetapi meliputi rantau Asia Pasifik termasuk Jepun dan Australia .

Apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak, langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk mengawal tumpahan minyak iaitu :

Cara mengepung dan mengumpul tumpahan
Menggunakan dispersent dan bahan kimia
Pembersihan pantai
Dibiarkan sahaja
Selain daripada itu, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil dalam mengawal tumpahan minyak daripada merebak . Antaranya ialah :

Lokasi tumpahan
Kuantiti tumpahan
Jenis tumpahan
Keadaan laut
Keupayaan tindakbalas bahan yang tertumpah
Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah .

Operasi peringkat wilayah berjalan apabila tumpahan minyak yang berlaku adalah yang terbesar, melibatkan kawasan yang luas dan jumlah tumpahan yang banyak. Ia dilakukan apabila jumlah peralatan, tenaga dan sumber dari negara ini tidak mencukupi dan melibatkan bantuan daripada negara lain . Di antara alternatif daripada kerjasama peringkat wilayah ini ialah :

Rancangan Kontigen Lombok - Makasar
Standard Operating Prosedure for Straits of Malacca and the Straits of Singapore
Standard Operating Prosedure for Malaysia and Brunei Darussalam
ASEAN - Oil Spill Response Action Plan (ASEAN - OSRAP)
Seterusnya terdapat juga objektif bagi mewujudkan kawalan tumpahan minyak. Antara objektifnya ialah :

Untuk mengadakan satu sistem tindak balas serta-merta yang diselaraskan bagi menghadapi tumpahan minyak.
Untuk meningkatkan kemampuan dan sumber-sumber yang ada dari segi peralatan serta latihan kakitangan bagi menghadapi kejadian tumpahan minyak.
Untuk mengelakkan kesan buruk ke atas persekitaran dengan cara mengawal aliran minyak.
Terdapat juga langkah-langkah lain yang dilakukan untuk mengurangkan dan mengelak berlakunya kemalangan kapal di Selat Melaka dan Selat Singapura. Negara-negara berpantai merasakan amat perlu bagi mereka untuk mengawal keselamatan lalu lintas di kedua-dua selat tersebut. Oleh itu, mereka telah menyarankan agar Trafic Separation Scheme (TSS) atau Skim Lalu Lintas diwujudkan memandangkan di Eropah telah lama menggunakan kaedah ini iaitu sejak pertengahan abad ke-19. Perlaksanaan TSS adalah didorong oleh kejayaan skim yang serupa di Eropah. Cadangan untuk mengadakan skim ini di Eropah bermula pada tahun 1857 iaitu di England. Cadangan ini dibuat ekoran dari tragedi perlanggaran kapal milik Amerika dan Perancis yang mengorbankan seramai 3000 orang.

Beberapa saranan juga telah dibuat bagi menjaga supaya pencemaran tidak berlaku secara berleluasa. Antaranya ialah :

Masalah pencemaran Selat Melaka harus dikaji dengan lebih mendalam dan tindakan yang bersesuaian harus segera diambil.
Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 haruslah digunakan setakat yang diperlukan dan mengenakan denda yang lebih tinggi kepada mereka yang mencemar laut dan pantai.
Majlis peringkat tertinggi dianggotai oleh kalangan negara-negara berpantai yang berkongsi perairan Selat Melaka harus ditubuhkan untuk meneliti perkara ini dan mencari jalan penyelesaiannya.
semua pengguna Selat Melaka diwajibkan membayar levi atau tol.
Dengan wujudnya pelbagai saranan, akta, skim dan pertubuhan diharapkan masalah pencemaran akan dapat dikurangkan bagi memelihara perairan negara kita. Di Malaysia berbagai pihak terbabit dalam penguasaan pencemaran seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Marin, Jabatan Laut, TLDM dan PDRM yang diperwakilkan kuasa menyiasat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Walaupun begitu, Jabatan Alam Sekitar adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguatkan akta tersebut dengan dibantu oleh agensi-agensi maritim yang lain.