Ahad, 3 Oktober 2010

Ikan Layaran




Ikan layaran (Istiophorus orientalis)

Ikan layaran, Istiophorus orientalis (Istiophoridae); hidup di perairan laut dalam, sering muncul di permukaan dengan layar (sirip punggung) yang dikembangkan, dapat mencapai panjang 300 cm. Termasuk ikan pelagis besar, ikan buas, penangkapan dengan tonda, rawai tongkol (long line), dipasarkan dalam bentuk segar, harga agak murah. Daerah penyebaran; Selat Bali, Selatan Jawa, Pelabuhan Ratu, Laut Flores, Selat Makassar, Laut Sulawesi, Laut Maluku, Laut Sawu, Barat Sumatera.


Sumber : www.oseanografi.lipi.go.id, http://www.sms.si.edu

Santai

Panduan mengikat cincin rod (ring)


Seperti yg janjikan kepada Bapak Tranducer disini saya sertakan sedikit panduan mengikat
cincin rod.semuanya di ambil dari "The complete book of Tackle Making" oleh C Boyd Pfeiffer.
Ini adalah copyright material. sila maklumkan sekiranya terdapat sesiapa yg memerlukan
peneranganlebih lanjut.

Saya akan tambah material/panduan mengikat rod ini dari semasa ke semasa.



















All of the above materials are copyrighted. sharing of the above material is for information
purposes only. if you need further reference please get this excellent book "The complete book
of Tackle Making" by C Boyd Pfeiffer.

Sumber : http://www.pancing.net

Sejarah Memancing

Sejarah


Memancing dalam erti bermaksud menangkap ikan sudah dikenali oleh peradaban manusia sejak zaman dahulu sekitar 10.000 tahun yang lalu. Hal ini terbukti dari peninggalan-peninggalan arkeologi pada gua-gua tua di Eropah bahawa aktiviti penangkapan ikan sudah ada sejak dulu dengan kewujudan tulang-belulang, mata kail dan gambar serta lukisan pada zaman batu di dalam gua-gua tersebut.

Teknik menangkap ikan mulai dipelbagai pada masa Neolitik sekitar 4.000 - 8.000 tahun yang lalu yang kemudian telah berkembang menjadi teknik yang lebih moden dan masih dipakai hingga hari ini. Begitu pula dengan cara perolehan hasil tangkapan ikan, hingga hari ini cara tersebut masih dilakukan dengan teknik yang sama misalnya dengan kaedah pengawetan ikan dengan menggarami atau dengan cara pengasapan.

Teknik Menangkap ikan

Bedasarkan caranya, memancing hanyalah salah satu cara untuk menangkap ikan atau haiwan air, selain dengan cara memancing ada beberapa cara menangkap ikan yang lain iaitu:

Dengan Tangan

Menangkap ikan dengan tangan dapat dilakukan pada perairan cetek seperti di sungai kecil. Pengertian menangkap ikan dengan tangan menjadi meluas dalam istilah memancing iaitu tanpa menggunakan tongkat pancing (joran) tetapi tetap menggunakan rod pancing dan kekisi atau biasa disebut pancing tangan.

Ketika memancing di laut, menangkap ikan dengan cara ini kerap digunakan untuk jenis memancing dasar laut (bottom fishing). Di England dan Amerika menangkap ikan trout di sungai-sungai berair cetekl dapat dilakukan dengan tangan (trout tickling).

Pada perairan laut mengumpulkan kerang dengan menggunakan tangan dapat dilakukan dengan cara menyelam.

Tombak

Menangkap ikan dengan cara menombak lebih mudah daripada menggunakan tangan dan cara ini sudah digunakan sejak lama oleh manusia.

Hujung tombak dibuat sedemikian rupa seperti pada mata kail agar ikan yang tertangkap tidak dapat lepas dari mata tombak.

Tombak yang dipakai dterdapat pelbagai bentuk, dari yang mempunyai gagang pendek hingga yang panjang dan biasanya bercabang tiga dihujungnya (semacam trisula), atau hanya bermata satu.

Harpoon

Pada masa sekarang cara menangkap ikan dengan menggunakan harpoon aitu alat penangkap ikan berupa tombak yang diikat tali yang panjang.

Menangkap ikan dengan cara ini diharuskan menggunakan perahu dengan cara mengejar ikan yang sedang diburu.

Harpoon ditembakkan dengan menggunakan sebuah alat pelontar, biasanya alat ini digunakan untuk menangkap ikan Paus.

Setelah ikan terkena harpoon, ikan akan ditarik dan kemudian diangkat keatas geladak kapal.

Tali pancing

Biasanya cara ini secara teknik tidak dikhususkan untuk menangkap ikan.

Teknik ini sering digunakan untuk menangkap berbagai jenis haiwan dasar laut atau moluska seperti kerang, udang karang, dan haiwan sejenisnya yang berada di dasar air atau dasar laut.

Caranya dengan menggunakan kompresor yang bekerja dengan menyedut air ke atas kapal lalu disaring dan kemudian air dibuang kembali ke laut.

Jaring

Dilakukan dengan cara menyerok dengan jaring atau menebar jala yang kemudian diangkat atau dengan memasang jala dengan cara ditunggu selama beberapa waktu tertentu, kemudian barulah jala diangkat.

Atau juga jala diturunkan ke laut dengan perahu dan berjalan perlahan membentuk suatu lingkaran.

Cara ini dapat dilakukan di air tawar ataupun di laut. Jika di laut cara ini biasanya untuk menangkap udang,sotong, dan ikan kecil. Dan biasanya dilakukan pada malam hari dengan menggunakan bantuan cahaya lampu untuk menarik perhatian haiwan tersebut. Jala yang digunakan diletakkan pada buluh disebut bagan.


Layang-layang

Cara ini dilakukan dengan menaikkan sebuah layang-layang yang dibuat daripada bahan anti air dan diterbangkan dengan menggunakan tali.

Sebelumnya layang-layang diberi tali senar pada ekornya,pada ujung tali senar tersebut diberi mata kail dan umpan serta diusahakan agar mata kail dan umpan tersebut dapat menyentuh kedalam air.

Tetapi cara ini kurang efektif jika dilakukan pada waktu cuaca tidak sesuai seperti hujan atau angin kencang.

Melubangi permukaan ais

Teknik ini dilakukan di laut atau tempat yang sedang membeku akibat dinginnya iklim di daerah tersebut.

Menangkap ikan dengan cara ini dilakukan dengan cara mengebor atau membuat lubang pada lapisan ais agar alat pancing dapat masuk kedalam air melalui lubang yang telah dibuat sebelumnya.

lalu mata kail di masukkan kedalam lubang tersebut hingga mata kail menembusi air yang berada dibawah lapisan ais yang telah dibuat lubang tadi.

Bantuan haiwan

Di China dan Jepun teknik menangkap ikan dengan menggunakan sejenis burung air yang terlatih, iaitu burung Cormorant.

Biasanya teknik ini dilakukan bersama-sama dengan nelayan lainnya yang semuanya memiliki burung ini. Dengan perahunya para nelayan membentuk lingkaran, kemudian burung-burung tersebut diperintahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.

Setelah mengejar dan menangkap ikan, burung kembali naik ke atas perahu. Teknik ini sudah ada sejak lama di negara tersebut dan diwariskan secara turun-temurun.

Racun ikan

Teknik ini dilarang dan dapat menyebabkan hancurnya terumbu karang kerana racun tersebut. Biasanya menggunakan barbasco, sianida atau potasium dengan tujuan membuat ikan menjadi lemas namun banyak juga yang mati.

Menangkap ikan dengan teknik ini biasanya dilakukan untuk ikan hias jenis karang agar dapat dijual hidup-hidup.


Bahan Peledak


Teknik ini juga dilarang, peledakan dengan menggunakan dinamik atau bahan peledak lainnya. Teknik ini juga dapat menyebabkan hancurnya terumbu karang dan habitat ikan.

Diterjemahkan semula oleh : Admin Ikan Oh Ikan

Sumber : http://indonesiancommunity.net
__________________

Cuti - cuti 1 Malaysia


Tasik Pedu

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi
Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada
penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang
(ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap.
Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.
_____________________________________________________________________________

Aktiviti riadah

Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah

Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong

seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan

yang sesuai bagi pencipta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi

hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Mutiara Pedu Lake, aktiviti golf

dan sebagainya. Sejak beberapa tahun ini resort tersebut telah ditutup kerana tidak mendapat

sambutan dan kurang promosi diadakan. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat

cantik dan masih elok keadaannya. Usaha perlu dilakukan bagi membangunkan semula

chalet-chalet tersebut. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia

yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang

menarik dan tradisional. tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan

terbengkalai tanpa penghuni.

______________________________________________________________________________

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir,Terengganu merupakan tasik terbesar

yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrikdi Asia Tenggara.

Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang

telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.

Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak

kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan.

Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini.

Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya

yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat

menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal

dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak

luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Ikan Naga

Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai

ikan Naga merah/Arapaima Gigasyang beratnya 30 dan 50 kilogram. I

kan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.

_____________________________________________________________________________

Pautan

http://www.ketengah.gov.my/kenyir/


Sumber : Wikipedia.org

5 Ikan Prasejarah Yang Hidup Hingga Sekarang


5.Arapaima

http://vietokay.com/zencart/images/zencartaxtraimges/arapaima-diver-ga.jpg
Sekilas pandang ikan ini mirip dengan ikan arowana , Arapaima Amazon dianggap sebagai ikan air tawar terbesar di dunia. Menurut deskripsi awal, ikan ini boleh membesar sampai 4,5 meter, tapi hingga saat ini, Arapaima besar seperti ini jarang dijumpai dan arapaima paling dewasa, rata-ratanya berukuran 2 meter. Arapaima memakan ikan kecil, krustasea dan apa punhaiwan yang kecil boleh masuk ke dalam mulut mereka. Salah satu ciri menarik tentang ikan ini adalah menyedut oksigen dari udara, seperti cetacea, untuk meneruskan hidup. Arapaima tidak menimbulkan bahaya bagi manusia dan sering diburu untuk diambil dagingnya, sayangnya Arapaima adalah spesis yang sedang mengalami kepupusan..

4.Sawfish

Haiwan ini adalah korban dari periode Cretaceous, dan dapat ditemui baik di laut atau di sungai pada kedalaman 100 km dengan panjang 7 meter, ikan ini kelihatan seperti ikan yu dengan mulut yang menyerupai mesin gergaji, namun sawfish bukan termasuk di dalam spesies ikan yu.

3.Alligator Gar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgcjMJ-Ifkkz4hU9NWLWSnQkfov7i7e7xov1I_OAC30WjIcRM2-iCi3Wka0gKwuI-mBPgKQdPhy9h4eq_l8c17jUdFWIDfucyNYO3aSeJihs9C5OPab58MIMYAdGSrxaXbP3Fas8yP6OKeE/s400/ALLIGATOR+GAR.jpg
Predator bersisik tebal ini ditemui di AS selatan, utara dan timur Mexico, menjadi ikan air tawar terbesar di Amerika Utara. Alligator Gar dapat membesar hingga 4 meter dan berat sampai 200 kg. Alligator Gar yang disebut demikian kerana penampilannya mirip reptiliaseperti buaya dan rahang yang panjang, memiliki dua sisi gigi yang tajam. Alligator Gar adalah predator yang rakus dan telah dikenali sangat berbahaya kepada manusia, meskipun belum dicatatkan kematian disebabkan Alligator Gar.Gar adalah salah satu dari ikan tertua yang hidup hingga kini.

2.Polypterus Senegalus
http://www.biomimicrynews.com/Images/polypterus_senegalus.jpg
Ikan Africa ini sering disebut "belut dinosaurus", kerana penampilan mereka dan sirip punggung bergerigi. Mereka sebenarnya bukan belut, tetapi anggota keluarga Bichirs. Meskipun sering dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik "belut dinosaurus", dapat bertahan tanpa air untuk jangka waktu yang lama selagi kulit mereka tetap basah.

1.Coelacanth
http://www.islandenvironmentblog.org/Coelacanth1.jpg
Coelacanth adalah yang paling terkenal dari semua "fosil hidup" dan pmenjadi ikan no. 1 dalam daftar ini, ikan ini adalah contoh terbaik dari sebuah takson Lazarus,ia adalah binatang yang sepatutnya sudah lama pupus, dan tidak terduga masih hidup hingga sekarang. Ikan ini sepatutnya pupus pada waktu Cretaceous, bersama dengan dinosaurus, tetapi pada tahun 1938, sebuah spesimen hidup ditangkap di Afrika Selatan. Sejak itu, spesimen ini telah dilihat dan difoto, dan spesies Coelacanth kedua bahkan dijumpai di Indonesia pada tahun 1999. Ikan ini adalah predator besar, panjangnya 2 meter, mereka memakan ikan yang kecil, termasuk yu kecil, dan biasanya dijumpai di laut dalam, perairan gelap.
http://www.suaramanado.com/img_berita/coelacanth_3.jpg
Penduduk jarang menangkap dan memakan ikan ini kerana rasanya yang kurang enak, Coelancanth ikan raja laut sebagai spesies yang hampir pupus hingga saat ini. Ikan ini hanya hidup di perairan Afrika Selatan bahagian barat dan perairan Indonesia timur masing-masing disebut Latimeria chalumnae dan Latimeria menadoensis. Spesies baru yang ditemui di Manado pada tahun 1999 mengejutkan dunia kerana sejak tahun 1940 spesies Coelacanth dikenali hanya berasal dari bahagian barat Madagaskar. Coelacanth dikategorikan sebagai ikan prasejarah dan fosil hidup kerana dijumpai sejak era Devonian, sekitar 380 juta tahun yang lalu.

sumber: http://eksplorasi-dunia.blogspot.com/2010/05/5-ikan-prasejarah-yang-hidup-hingga.html

Pelancaran Blog Ikan Oh Ikan


Assalamualaikum.....

Tanggal 3.10.2010, pada pukul 4.22 petang aku memanjatkan rasa syukur aku kepada Ilahi kerana terhasilnya blog Ikan Oh Ikan.Selama ini hasil karya ku, hanya tertumpu didalam facebook sahaja.Hari ini dengan sokongan peminat Ikan Oh Ikan,aku mengorak langkah baru dalam dunia blog ini.Diharap andai kata,ada kekurangan isi kandungan aku mohon maaf.Aku akan cuba update blog ini setiap masa.Sebelum aku mengundurkan diri,aku harap para peminat Ikan Oh Ikan di facebook mengambil kesempatan untuk melayari blog ini.

Sekian,terima kasih.
( Admin Ikan Oh Ikan )