Khamis, 14 April 2011

Ikan Kelah


Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah


Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah
Oleh Helmi Hamzah

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.
IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.

Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kalau sebelumnya ini hanya ikan besar ditangkap untuk dijadikan juadah, kini anak kelah ditangkap dan dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Amalan memelihara ikan dalam akuarium atau dalam kolam kecil di laman rumah adalah hobi yang menyeronokkan. Hobi dan minat begini perlu digalak dan ditanam dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.

Kegemaran masyarakat kita memelihara ikan hiasan lebih mementingkan kepada jenis ikan yang dipelihara, bukan kepada sistem di dalam akuarium itu sendiri iaitu secara mewujudkan keseimbangan biologi dalam ekosistem akuarium. Ini boleh dilakukan dengan menanam tumbuhan akuatik dan menyediakan penapis biologi yang dapat menampung sisa yang dihasilkan ikan peliharaan sehingga beberapa bulan tanpa menukar airnya.

Alangkah baiknya seandainya di kalangan penggemar ikan hiasan yang memelihara ikan kelah sehingga mencapai saiz tertentu atau terlalu besar untuk dipelihara di dalam akuarium; supaya melepaskan ikan itu ke dalam sungai atau tasik untuk ia berkembang biak.

Perbuatan sebegini adalah suatu usaha yang sangat disanjung. Malangnya ada antara kita yang kurang prihatin terhadap tindak tanduk yang dilakukan iaitu menangkap ikan dengan sewenang-wenangnya dan memasarkannya ke luar negara secara haram.

Menuba, meracun atau menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan sepatutnya dielakkan sama sekali kerana ini akan memusnahkan banyak sumber fauna dan merosakkan ekologi perairan kita.

Ikan Emas


Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 06hb November 2009 pukul 9.25 ptg
Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak
Oleh Helmi Hamzah

IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.
IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.

Antara tip penting termasuk kualiti air kerana spesies ini dianggap sensitif pada kualiti air terutama mudah mati jika air mengandungi kandungan klorin yang terlalu tinggi kerana ia sukar untuk bernafas.

Ia mudah hidup jika dipelihara dalam pelbagai saiz akuarium namun anda disarankan menggunakan akuarium yang bersegi untuk memudahkan sejatan udara.

Suhu yang paling sesuai untuk spesies ini ialah 18 darjah Celsius. Air perlu dipastikan tidak mengandungi toksik tercemar atau kadar asid yang tinggi kerana ia mampu membuatkan ikan mudah mati.

Tindakan menyahkan klorin sekurang-kurangnya 24 jam atau lebih sebelum memasukkan ikan adalah satu cadangan yang baik kerana usaha ini dapat memastikan kualiti air yang lebih baik serta mengurangkan kadar asid di dalam air.

Aspek lain yang perlu diambil kira termasuk suhu air dan perubahan suhu air yang naik mendadak boleh menjadi punca kematian ikan ataupun menjejaskan tahap kesihatan ikan emas yang gagal bertahan dalam keadaan ini.

Selain itu, sistem pemberian makanan perlu dipantau dan anda dilarang memberi makanan terlalu kerap dalam satu hari kerana ia boleh menyebabkan kesihatan ikan terjejas sekali gus mengakibatkan kematian.

Pemberian makanan seimbang juga adalah antara amalan yang perlu dilakukan seperti memberi makanan seimbang umpama cacing hidup atau kering, makanan yang sesuai ataupun roti tanpa yis.

Ikan emas juga memerlukan keadaan yang redup dalam akuarium dengan menyediakan lebih banyak pokok bersesuaian kerana ia tiada kelopak mata dan keadaan gelap dapat membantu ia berehat.