Ahad, 3 Oktober 2010

Cuti - cuti 1 Malaysia


Tasik Pedu

Tasik Pedu atau dulunya dikenali sebagai Kolam Air Pedu merupakan saliran bagi
Sungai Pedu yang disalurkan oleh kerajaan untuk menampung bekalan air bersih kepada
penduduk negeri Kedah. Air Sungai Pedu mengalir dari Bukit Pakir Terbang
(ketinggian 574 m dari aras laut). Sungai Pedu bertemu dengan Sungai Padang Terap.
Bukit-bukit di hulu Sungai Pedu merupakan kawasan sempadan negara Thailand.
_____________________________________________________________________________

Aktiviti riadah

Tasik Pedu terletak lebih kurang 90 km dari Alor Setar, Kedah. Ia terletak di dalam daerah

Padang Terap. Tasik Pedu menawarkan beberapa aktiviti air bagi menarik perhatian pelancong

seperti memancing, jet ski, dan menaiki bot. Di sini juga terdapat beberapa tempat penginapan

yang sesuai bagi pencipta alam sekitar untuk meneroka ke alam semula jadi, mengelilingi

hutan tropika, flora dan fauna.

Tasik Pedu asalnya terdiri daripada beberapa resort seperti Mutiara Pedu Lake, aktiviti golf

dan sebagainya. Sejak beberapa tahun ini resort tersebut telah ditutup kerana tidak mendapat

sambutan dan kurang promosi diadakan. Suasana dan gambaran chalet-chalet tepi tasik sangat

cantik dan masih elok keadaannya. Usaha perlu dilakukan bagi membangunkan semula

chalet-chalet tersebut. Di sana juga, terdapat Rumah Rehat mantan Perdana Menteri Malaysia

yang Keempat, Tun Dr. Mahathir, yang gah berdiri di tepi tasik dengan seni reka bentuk yang

menarik dan tradisional. tetapi kini, semua chalet dan rumah rehat tersebut dibiarkan

terbengkalai tanpa penghuni.

______________________________________________________________________________

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir yang terletak di hulu Sungai Kenyir,Terengganu merupakan tasik terbesar

yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrikdi Asia Tenggara.

Tasik ini seluas 2,600 km persegi dan mengandungi 340 pulau kecil.

Semenjak kewujudan empangan di sini, kawasan sekitarnya terutama Kuala Berang

telah mula dikenali oleh orang ramai baik dari dalam mahupun luar negeri.

Tasik ini merupakan tempat pelancongan popular di Terengganu semenjak

kewujudannya. Ia siap dibina pada 1988.

Tasik Kenyir telah menenggelamkan beberapa buah kampung dan juga hutan.

Banyak haiwan liar telah diselamatkan semasa pembinaan empangan ini.

Pembinaan empangan ini telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduknya

yang majoritinya adalah petani. Secara tidak langsung, penduduk di sini dapat

menaikkan taraf sosial masing-masing. Kedatangan pelancong ke sini yang terkenal

dengan jagung manisnya telah menaikkan nama bandar Kuala Berang di mata pihak

luar yang sebelum ini dikenali sebagai 'bandar mati'.

Ikan Naga

Pada 28 Jun 2008, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

Datuk Rohani Abdul Karim mendapat maklumat bahawa tasik ini mempunyai

ikan Naga merah/Arapaima Gigasyang beratnya 30 dan 50 kilogram. I

kan yang berasal dari Amerika Selatan mungkin dilepaskan di tasik buatan manusia ini.

_____________________________________________________________________________

Pautan

http://www.ketengah.gov.my/kenyir/


Sumber : Wikipedia.org

1 ulasan: