Khamis, 21 Oktober 2010

Tips Akuarium: Garam ubat penyakit ikan

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 02hb Mac 2010 pukul 11.02 pagi


Oleh Osman Lisut

SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.

SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.

Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit untuk diisi ke dalam akuarium adalah tidak bijak. Pelbagai jenis parasit dikenal pasti sebagai ejen utama, namun ramai kurang tahu mengenainya. Apakah kumpulan parasit yang menyerang dan bagaimana cara pencegahan atau rawatan boleh dilakukan jika tanda serangan dikesan.

Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah.


Lazimnya parasit lebih agresif menyerang ikan ternakan berbanding yang hidup bebas di habitat asal. Ini mungkin kepadatan ikan dalam sesuatu sangkar yang mengundang parasit bersarang.

Bagi penternak ikan kelah merah, Othman Abdul Wahab, berkata ikan yang dimasukkan ke dalam air yang tidak dirawat ini mudah dijangkiti penyakit.

“Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan di tepi sangkar atau kolam. Malah, mangsa juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.

“Cara untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.

“Ikan yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari akuarium dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam akuarium seberapa segera. Kita juga perlu menggunakan campuran garam dengan formalin. Campuran itu digunakan tiga kali setiap dua hari selama seminggu,” katanya.

Beliau berkata, langkah yang paling baik untuk mengekang penyakit berkenaan ialah menggunakan air paip dengan memasukkan anti klorin dan garam. Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala ikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan