Rabu, 6 Oktober 2010

Asam Pedas

Asam Pedas Ikan Patin (sy guna ikan jelawat )



oleh Ikan Oh Ikan pada pada 19hb Julai 2010 pukul 10.13 ptg
Bahan-bahan :
Seekor Ikan Patin sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
Bahan kisar
2 ulas bawang merah
Sebiji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
Cili kering secukup pedas, direndam

2 inci lengkuas, dihiris nipis
1 batang serai, dititik
Sedikit belacan
Daun kesom
Sekuntum bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
3 keping asam gelugur ( Asam jawa pun boleh)
Air secukupnya
Sedikit sos tiram

Cara-cara :
1. Tumiskan bahan kisar, lengkuas, serai dan belacan hingga cili betul2 masak.
2. Tuangkan sedikit air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan ikan patin.
4. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
5. Akhir sekali sebelum mengangkat masakan, masukkan daun kesom
dan bunga kantan. Kacau seketika sebelum diangkat dan dihidang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan