Rabu, 16 Februari 2011
Perkasam Ikan Puyu
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Silver Dollar
Khamis, 21 Oktober 2010
Tip Umpan: Anak tebuan untuk pancing puyu, haruan
oleh Ikan Oh Ikan pada pada 02hb Mac 2010 pukul 10.40 pagi
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.
UMPAN serangga seperti anak tebuan cukup sinonim dengan pemancing yang gemarkan memancing ikan puyu, haruan atau keli di kawasan air tawar seperti sawah padi, sungai atau paya.
Baunya yang sedikit tengik atau berbau cukup di gemari ikan yang menghidunya untuk dijadikan menu makanan utamanya.
Bentuknya menyerupai larva seakan ulat beluncas serta berwarna putih ketika masih ‘bayi’ dan berwarna kehitaman apabila dewasa, dijumpai dalam kepompong sarangnya.
Pada kebiasaannya sarang tebuan ini boleh ditemui pada atas ranting pokok atau kawasan tumbuhan renek di sekitar kampung atau hutan tebal.
Bentuk sarang ini seperti tempayan dan berupaya membesar sehingga pemeluk orang dewasa cukup digeruni oleh manusia yang bimbang disengat oleh tebuan sekiranya diganggu.
Bagi pakar yang gemar mencari umpan ini, mereka terlebih dulu mengasap atau membakar sarang yang dikenal pasti bagi menghalau tebuan dewasa dan mengambil anaknya.
Dari segi penyediaannya, umpan tebuan digoreng tanpa minyak terlebih dulu dengan resipi tersendiri seperti dimasukkan asam keping supaya tahan lebih lama dan disamping bertujuan mengeluarkan bau tengiknya.
Di arena memancing, anak tebuan yang siap dimasak akan diperam selama beberapa hari untuk menyimpan baunya. Selepas itu, anak tebuan ini akan dicangkukkan dari bahagian kepala sehingga ekornya dengan mata kail bersaiz sepuluh atau 11.
Menurut pemancing yang biasa menggunakan umpan ini, anak tebuan dikatakan berkesan meransangkan deria spesis bersisik seperti ikan puyu untuk memakannya.
Katanya lagi, sekiranya kena pada lubuknya tangkapan bersaiz empat jari dewasa adalah perkara biasa bagi penggemar umpan anak tebuan ini.
Tambah mereka lagi, keadaan iklim yang tidak menentu sekarang ini menyebabkan mengapa sarang tebuan ini sukar ditemui. - Oleh Zulhilmi Hat
Tip Akuarium: Seimbang saiz elak kebocoran
oleh Ikan Oh Ikan pada pada 02hb Mac 2010 pukul 10.58 pagi
Oleh Helmi Hamzah
PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.
PELBAGAI jenis akuarium di pasaran kadang kala menyukarkan pengguna membuat pilihan untuk mendapatkan akuarium yang paling sesuai digunakan mengikut jenis ikan yang dipelihara.
Bagaimanapun, ada juga akuarium berbentuk berlainan daripada biasa. Tetapi reka bentuknya yang menyerlah atau kelainan yang ditampilkan seperti lonjong atau bulat, mampu menarik peminat hobi ini.
Sebaik-baiknya ukuran paling sesuai untuk permulaan memiliki akuarium dan memelihara ikan ialah tidak kurang daripada 60 sentimeter (sm) panjang, 30sm lebar dan 30sm dalam (tinggi).
Sekiranya anda menempatkan anak ikan, lama-kelamaan ikan itu terpaksa dialihkan ke ruang lebih besar apabila saiznya bertambah.
Akuarium boleh dibina dengan pelbagai saiz seperti 25sm x 25sm x 25sm bergantung kepada penjual. Saiz biasa yang sering menjadi pilihan ramai ialah 30sm (tinggi) x 15sm (lebar) x 15sm (kedalaman) hingga 90sm (tinggi) x 30sm (lebar) x 30sm (kedalaman)
Ada juga sesetengah akuarium berkedalaman 38sm untuk memberi lebih kesan terhadap gambar, manakala akuarium bersaiz pada kedalaman ini boleh dihias dengan lebih baik.
Sebagai permulaannya, beli sebuah akuarium dan letakkan di tempat yang difikirkan sesuai. Buat percubaan dengan mengisi air ke dalamnya.
Perlu diingat, walaupun air kelihatan tidak mempunyai apa-apa kuasa tetapi ia bersifat berat. Contohnya, akuarium bersaiz 60sm x 30sm x 30sm boleh diisi air sejumlah 120 paun.
Cara mudah untuk mengira jumlah air yang bersesuaian dengan saiz akuarium ialah dengan membahagikannya dengan jumlah 277.
Sekiranya akuarium itu berukuran 60sm x 30sm x 30sm, sepatutnya diisi air berjumlah 12.5 gelen (345 dibahagikan dengan 277). Jadi, satu kaki padu air berjumlah 6.5 gelen dan setiap gelen itu berjumlah 10 paun.
Pastikan akuarium dan kelengkapan lain boleh menampung berat air yang diisi ke dalamnya.
Kadang-kadang apabila anda membeli akuarium baru, ia akan mengalami sedikit kebocoran seperti air menitis perlahan dari mana-mana bahagian cantuman yang digam. Bagi kes seperti ini, anda patut menghantarnya semula ke kedai.
Tips Akuarium: Garam ubat penyakit ikan
oleh Ikan Oh Ikan pada pada 02hb Mac 2010 pukul 11.02 pagi
Oleh Osman Lisut
SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.
SERANGAN penyakit ikan akibat parasit amat memeningkan penternak sama ada komersial dalam kolam, sangkar atau pun ikan hiasan. Tidak kurang juga penggemar ikan hiasan yang dikatakan sering merungut ikan pemeliharaan sakit terutama selepas menukar air akuarium.
Langkah mengambil air sama ada sungai, perigi atau parit untuk diisi ke dalam akuarium adalah tidak bijak. Pelbagai jenis parasit dikenal pasti sebagai ejen utama, namun ramai kurang tahu mengenainya. Apakah kumpulan parasit yang menyerang dan bagaimana cara pencegahan atau rawatan boleh dilakukan jika tanda serangan dikesan.
Parasit ialah organisme (seni) haiwan atau tumbuhan yang menjadikan organisme lain sebagai perumah. Bahkan sesetengahnya boleh membawa maut kepada perumah.
Lazimnya parasit lebih agresif menyerang ikan ternakan berbanding yang hidup bebas di habitat asal. Ini mungkin kepadatan ikan dalam sesuatu sangkar yang mengundang parasit bersarang.
Bagi penternak ikan kelah merah, Othman Abdul Wahab, berkata ikan yang dimasukkan ke dalam air yang tidak dirawat ini mudah dijangkiti penyakit.
“Tanda serangan parasit ialah ikan dalam keadaan gelisah dan sering menggeselkan badan di tepi sangkar atau kolam. Malah, mangsa juga hilang selera makan dan kurus. Tanda lain ikan dalam keadaan lemah tidak bertenaga. Sesekali bergerak pantas bila terkejut.
“Cara untuk mengenal ikan sakit ialah ikan itu kurang aktif berbanding biasa selain terdapat bintik putih pada badan, sirip dan ekor atau selaput putih pada bahagian mata. Ataupun, kelihatan luka dan kemerah-merahan pada ekor serta sirip.
“Ikan yang dikenal pasti sakit perlu dikeluarkan dari akuarium dan diletakkan dalam bekas berasingan. Tukar air dalam akuarium seberapa segera. Kita juga perlu menggunakan campuran garam dengan formalin. Campuran itu digunakan tiga kali setiap dua hari selama seminggu,” katanya.
Beliau berkata, langkah yang paling baik untuk mengekang penyakit berkenaan ialah menggunakan air paip dengan memasukkan anti klorin dan garam. Garam adalah ejen yang paling baik bagi mengubati segala ikan.
Rabu, 20 Oktober 2010
Tips Memilih Joran atau “Fishing Rod”
Salah satu perlengkapan memancing yang tidak kalah penting adalah joran atau yang lebih dikenal dengan “rods”. Saat ini banyak joran yang beredar di pasaran dengan berbagai merek dan tipe.
Bagi yang baru terjun ke hobby mancing., tak ada salahnya dan harus hati-hati dalam memilih joran, baik itu dalam penggunaan maupun kualitasnya. Didalam memilih joran dan memutuskan untuk membelinya, sebaiknya kita pertimbangkan dulu tujuan kita membeli joran apakah itu untuk lomba atau hanya untuk rekreasi saja.
Kalau tujuan kita membeli joran untuk mengikuti lomba/galatama sebaiknya memakai joran yang hanya lentur di ujungnya saja. Karena waktu mengajar ikan menjadi lebih singkat dibandingkan dengan joran yang lentur sampai ke tengah. Joran untuk lomba/galatama sebaiknya dipilih model yang tanpa sambungan (1 piece) yakni terdiri dari satu bagian/tangkai (tidak dapat dilepas) dengan panjang joran pada umumnya tidak lebih dari 2 meter.
Kita juga bisa mempergunakan hanya satu sambungan (2 piece) yaitu bisa dilepas menjadi 2 bagian dengan panjang joran kurang lebih 1.2 meter – 3 meter. Jangan mempergunakan joran teleskopik atau antena, karena tiap sambungannya mudah bergeser sehingga kelenturannya mudah berkurang dan juga kekuatannya terbagi-bagi.
Kontradiksi antara joran dengan pendek sampai sekarang ini hampir tidak ada masalah, tetapi untuk lomba panjang joran idealnya berkisar 168-180 cm, joran yang lebih panjang memang dapat melontarkan umpan yang lebih jauh, tetapi disesuaikan dengan luas kolam yanng rata-rata sempit sehingga tidak memerlukan lontaran yang jauh seperti di laut.
Bagi yang memancing hanya untuk sekedar rekreasi saja sebaiknya dipergunakan joran yang lentur sampai ke tengah, yang akan membuat pemancing menikmati waktu pengejaran ikan yang lebih lama, walaupun yang menyambar ikan mungkin hanya ikan-ikan yang kecil.
Supaya tidak mudah patah
Joran yang patah pada saat mengejar ikan bukanlah salah penjualnya atau pabrik pembuatnya. Kalau mau jujur, joran bisa patah karena kesalahan pemancing karena membebani joran di luar batas kemampuan joran tersebut.
Penyebab joran patah di kolam pemancingan atau di laut, paling sering terjadi karena pemancing menyentak joran hannya dengan pergelangan tangan atau mengayun menggunakan siku. Perputaran melebihi sudut 90o inilah yang membuat joran mudah dan langsung patah.
Pemancing seharusnya menyentak joran cukup dengan mengayunkan lengan, ditambah dengan menggerakan pergelangan tangan ke belakang. Ini sudah membuat kail mengait di mulut ikan tanpa terlalu berlebihan membebani joran. Ada baiknya usai mancing bilas joran dengan menggunkan air sabun untuk menghilangkan kotoran dan bau.
Yakinkanlah bahwa joran itu sudah benar-benar kering dengan cara mengelap sebelum disimpan, kalau perlu melapisi joran dengan cairan (WD40) agar kotoran atau debu tidak cepat menempel. Lalu, simpanlah di tempatnya dan jauhkan dari sinar matahari secara langsung. Apabila joran terkena sinar matahari akan berubah menjadi getas/kering sehingga mudah patah.
Sumber : bintangdisurga blogs/tommy bernadus
Selasa, 19 Oktober 2010
Kaedah Pembiakan Arowana
oleh Ikan Oh Ikan pada pada 02hb Mac 2010 pukul 8.17 pagi
Di Alam Pembiakan
Arowana lazimnya dibiakkan di dalam kolam bumi (earthpond). Membiakkan arowana di dalam tangki juga boleh dilaksanakan, tetapi prosesnya agak sukar. Di kolam pembiakan bumi, 10 ekor arowana matang (separuh jantan dan separuh betina) akan dilepaskan dan kaedah ini melangsungkan pemilihan pasangan secara semulajadi. Arowana-arowana seterusnya diawasi dengan teliti dari jarak yang dapat dilihat. Apabila sepasangan arowana telah terbentuk, pasangan itu akan mengusir arowana-arowana lain dan mulai bertelur. Jaring kemudiannya akan ditempatkan bagi memisahkan pasangan itu daripada yang lain. Setelah anak-anak arowana berupaya berenang bebas, mereka akan ditangkap dan ditempatkan ke dalam tangki pembesaran.
Kebanyakan pemelihara ikan akuarium tidak memiliki kolam bumi di rumah. Oleh sebab itu, saya akan lebih menumpukan pembiakan arowana Asia di dalam tangki di seksyen seterusnya.
Jantina Arowana Asia
Adalah sukar untuk menentukan jantina arowana. Lebih-lebih lagi, arowana-arowana yang masih muda. Umumnya, warna sesisik arowana jantan dewasa tampak lebih garang manakala saiz tubuhnya sedikit kecil berbanding arowana betina dewasa. Arowana jantan juga memiliki rahang yang lebih lebar dan lebih dalam bagi memudahkan mereka membawa telur-telur dan anak-anak arowana kelak. Arowana betina dewasa pada perbandingannya bertubuh agak besar, manakala pada sektor pelepah antara sirip dorsal, ekor dan sirip anal kelihatan agak kebulatan. Pengalaman luas amat diperlukan dalam mengenalpasti jantina arowana Asia. Usah diperdulikan dahulu arowana-arowana Asia yang masih muda. Sungguhpun demikian, apabila mereka mulai membiak, sudah pasti anda akan dapat memastikan yang mana jantan dan yang mana betina. Inilah yang dikatakan pengalaman.
Tempoh yang diperlukan arowana Asia untuk matang adalah bergantung kepada keadaan mereka dipelihara. Lebih khusus dalam keperluan dan penjagaannya, akan lebih cepat mereka mencapai kematangan. Umumnya, arowana Asia betina mengambil tempoh selama 2-3 tahun, manakala arowana jantan pula 4-5 tahun bagi mencapai kematangan.
Mencampurkan Arowana-Arowana Asia
Arowana-arowana Asia adalah spesis ikan air tawar yang bersifat kewilayahan. Mereka tidak akan dapat dielak daripada menyerang antara satu sama lain jika dipelihara 2 ekor sekaligus. Walaubagaimanapun, sifat suka menyerang ini akan berkurangan, jika bilangannya ditambah. Secara lazimnya, anda perlukan sekurang-kurangnya 6 ekor arowana Asia matang jika berhajat untuk memeliharanya bersama-sama. Perkara ini mungkin menjadi mustahil, memandangkan harga arowana Asia yang tinggi di pasaran kini. Sekiranya modal adalah masalah utama, anda tentu ingin menggantikan satu atau dua ekor dengan arowana Perak (Silver - Osteoglossum bicirrhosum) atau arowana Hitam (Black - Osteoglossum ferreirai), tetapi cara ini pasti menipiskan peluang anda untuk mendapatkan pasangan arowana Asia yang sepadan. Perlu diingatkan, anda juga perlukan tangki yang cukup besar bagi menampung 6 ekor arowana sekaligus. Lebih besar saiz sesebuah tangki itu, adalah lebih baik. Saiz bagi tangki minima adalah berukuran 8'x 2'x 2' dengan ketebalan kaca 12mm, tetapi ini bukanlah saiznya yang ideal.
Memadan & Membiakkan Arowana Asia
Terdapat dua cara untuk anda membiakkan arowana-arowana anda. Pertama, adalah dengan mencampurkan beberapa ekor arowana ke dalam tangki dan biarkan mereka memilih pasangan mereka sendiri. Kedua, dengan memadankan sendiri 2 ekor arowana yang anda fikirkan berlawanan jantinanya serta berharap pilihan anda itu tepat dan mereka menyukai antara satu sama lain.
Kaedah Semulajadi:
Anda harus memiliki simpanan baka yang munasabah untuk berjaya melaksanakannya. Sekurang-kurangnya, 6 ekor arowana matang diperlukan bagi proses ini dijayakan. Besarkan mereka bersama-sama di dalam tangki sejak daripada kecil lagi. Ataupun, kesemua arowana matang dilepaskan ke dalam tangki secara serentak. Dengan cara ini, tidak seekorpun akan dapat menguasai atau membentuk wilayah lebih awal sesama mereka.
Awasi mereka dengan teliti. Jika sepasangan arowana terbentuk, arowana jantan akan berenang berdekatan dengan arowana betina dan mulai mengusir arowana-arowana lain. Pasangan itu cuba meluaskan wilayah mereka. Anda perlulah memindahkan arowana-arowana lain daripada tangki di peringkat ini.
Berdua-duaan
Kelakuan berdua-duaan mengambil tempoh selama 1 hingga 2 bulan. Sepanjang tempoh ini, mereka akan berenang-renang berdekatan antara satu sama lain (sering berenang dalam bentuk bulatan), berkejar-kejaran, menggigit ekor dan sesirip sesama sendiri serta sering menyebabkan kecederaan pada tubuh juga. Arowana betina lazimnya menerima kecederaan yang berpanjangan, terutama sekali pada sektor lapisan luar insang, sirip anal dan sektor kelamin. Dipercayai di peringkat ini, arowana jantan cuba merangsang rembesan arowana betina.
Lokasi bertelur
Selera makan mereka juga akan turut menurun sedikit demi sedikit. Perut arowana betina mulai mengembung dan dipenuhi telur-telur. Mereka akan memilih lokasi yang sesuai bagi melepaskan telur-telur, lazimnya di kawasan kurang gangguan dan berarus tenang. Adalah wajar sekiranya tangki ini dilindung (terutama sekali di bahagian tempat bertelur) bagi mengelakkan kerencatan untuk bertelur, jika pasangan tersebut ketakutan.
Bertelur
Mereka seterusnya akan berenang seiringan dan bergeser-geseran tubuh antara satu sama lain. Namun sekali sekala, mereka akan diam di satu-satu tempat. Setelah hampir ke penghujungnya, pasangan ini akan menghentikan renangan lalu meneruskan aksi bergeser-geseran tubuh. Dengan kekejangan otot secara tiba-tiba, arowana betina melepaskan telur-telurnya dan serentak dengan itu pula, arowana jantan mengeluarkan spermanya bagi menyuburkan telur-telur tersebut. Proses bertelur biasanya berlaku pada tengahari, manakala bilangan telur yang dilepaskan adalah dalam lingkungan 30-80 biji dan bergaris pusat sekitar 12-15mm. Arowana jantan seterusnya akan menyodok telur-telur seberapa banyak yang mungkin dan memeliharanya sehingga ke suatu tempoh. Manakala telur-telur yang tertinggal, akan dimakan oleh arowana betina bagi mendapatkan semula zat.
Penetasan
Sepanjang tempoh untuk menetas, arowana betina akan mengusir arowana jantan dan dipercayai, mengusir keluar daripada lokasi bertelur untuk mencari lokasi baru bagi membesarkan anak-anak arowana. Pengusiran ini boleh menyebabkan keganasan dan arowana jantan dikhuatiri akan tertelan beberapa biji telur tanpa ia sedari. Jesteru, adalah wajar sekiranya arowana betina dipindahkan dari tangki di peringkat ini.
Dengan suhu antara 26-30° Selsius (79-86° Fahrenheit), kantung telur yang meloyot kekuningan di bahagian luar perut anak-anak arowana akan mula terserap sepenuhnya dalam tempoh 60 hari. Buat pertamakalinya kelak, anak-anak arowana akan beransur-ansur keluar dari mulut bapanya untuk sementara waktu waktu. Di peringkat ini, anda bolehlah memberi makan anak-anak arowana dengan cacing merah (bloodworm) atau anak-anak ikan gapi (baby guppies). Sila lihat Makanan Arowana
Anak-anak arowana boleh dipindahkan daripada tangki induk mereka, jika mereka dapat menerima makanan yang diberi setelah beberapa hari kemudian. Pastikan air tangki baru diisi separuh daripada air tangki induk mereka, manakala suhu dan komposisinya harus sama dengan tangki induk mereka bagi mengelakkan kekejutan dan kematian.
Kaedah Pemadanan:
Anda perlu mengetahui seyakin-yakinnya, bahawa anda memiliki 2 ekor arowana matang yang berlainan jantinanya, kerana membiakkan arowana bukanlah satu tugas yang mudah. Kaedah seterusnya hanya boleh dicuba oleh mereka yang berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam memelihara arowana Asia sahaja.
Tentukan status pemakanan mereka dengan makanan-makanan segar/hidup yang berkhasiat. Lepaskan 2 ekor arowana tersebut ke dalam tangki pembiakan (tangki berukuran 5'x 2'x 2') dengan pembahagi lutsinar ditempatkan di antara mereka. Biarkan mereka membiasakan diri dengan kehadiran antara satu sama lain untuk tempoh beberapa minggu di samping terus-menerus dalam menentukan status gizi yang seimbang buat mereka.
Selepas beberapa minggu, cuba keluarkan pembahagi tadi. Mereka lazimnya lebih ganas berbanding pasangan yang terbentuk secara pilihan semulajadi. Kecederaan demi kecederaan tidak akan dapat dielakkan. Sekiranya mereka menjadi semakin ganas, anda perlulah mengasingkan mereka semula. Kemungkinan tanggapan anda meleset dengan menyangkakan bahawa jantina mereka adalah berlawanan. Antara kemungkinan lain, mereka sebenarnya belum cukup matang untuk dibiakkan. Jika anda berjaya mendapatkan pasangan arowana yang ideal, pasangan tersebut akan mempamirkan kelakuan berdua-duaan sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Bertelur dan membesarkan anak-anak arowana, sama seperti pasangan yang terbentuk secara semulajadi.