Sabtu, 16 April 2011

Oscar (Astronotus ocellatus)




Oscar (Astronotus ocellatus) merupakan salah satu jenis cichlid yang telah relatif lama akrab dengan manusia. Ikan ini sudah kurang lebih 50 tahun akrab dengan manusia. Oscar adalah ikan yang berasal dari Amerika Selatan, S. Amazon, Parana, Rio Paraguay, dan Rio Negro. Hampir semua Oscar yang beredar saat ini adalah hasil dari pembudidayaan, jarang yang merupakan tangkapan asli dari habitatnya.
Oscar berasal dari sungai dengan kesadahan rendah dan bersifat masam. Meskipun demikian, ikan ini diketahui toleran pada hampir segala kondisi air. Meskipun toleran pada berbagai kondis air, Oscar perlu dipelihara pada kondisi suhu 26° - 30° C. Setting akuarium yang dikehendaki adalah dengan dasar pasir yang dalam dan beberapa butir batu besar.
Oscar dapat mencapai ukuran 35 cm, akan tetapi rata-rata ikan ini berukuran maksimal 30 cm. Oscar termasuk ikan cerdas dan memiliki kepribadian. Mereka dapat belajar dengan cepat mengenai jadwal makannya. Hampir segala sesuatu yang berhubungan dengan makanannya dapat direkam dengan baik oleh ikan ini. Apabila dilatih, Oscar dapat menerima pakan langsung dari tangan pemiliknya. Mereka dapat melompat hingga ketinggian 15 cm agar dapat meraih pakan dari tangan si pemilik. Banyak varian Oscar yang telah dikembangkan selama ini, diantaranya adalah: Tiger Oscar, Red Tiger Oscar, Albino Tiger Oscar, Albino Red Oscar, Gold Oscar, Half Back Oscar, Long Fin Oscar dll.
Pakan
Oscar merupakan ikan predator. Mereka akan memangsa ikan lain yang ukurannya lebih kacil dari setengah ukuran badannya. Meskipun demikian Oscar dapat menerima hampir semua jenis pakan seperti flake, pellet, cacing, jangkrik, ikan mas kecil dan lain-lain.

Breeding
Pemijahan Oscar dapat dilakukan pada indukan yang telah berumur 1.5 tahun, atau panjang tubuh sekitar 15 cm. Dalam memijah, Oscar berperilaku mirip dengan Discus, yaitu ikan ini akan membentuk pasangan sendiri-sendiri. Oleh karena itu seleksi, pasangan Oscar dianjurkan untuk dilakukan sejak Oscar berumur 5-6 bulan, dengan cara mencampurkan 10 ekor atau lebih Oscar dengan jenis kelamin berbeda.
Pembedaan jantan pada Oscar relatif sulit dilakukan, meskipun demikian terdapat tanda umum yaitu jantan memiliki tubuh lebih panjang, sedangkan betina lebih membulat. Pada masa kawin betina akan menunjukan perut yang gendut. Cara lain adalah dengan memberi pakan pada ikan yang bersangkutan dengan jumlah banyak. Pada kondisi demikian makanan yang terdapat dalam perut ikan akan menekan organ kelamin ikan sehingga mudah diamati. Apabila tabung kelamin sempit dan mengarah kebelakang maka ikan tersebut adalah jantan, sedangkan bila lebar dan mengarah kedepan betina.
Pemijahan dapat dilakukan pada bak semen berukuran 150 x 100 x 50 cm dengan ketinggian air 30 cm. Kedalamnya masukan lempengan batu bersih sebagai tempat untuk melekatkan telur. Selanjutnya ikan yang telah membentuk pasangan dan matang telur dimasukkan kedalamnya. Bak ini hendaknya ditutup sedemikian rupa sehingga menciptakan suasana teduh. Pemijahan biasanya akan terjadi pada siang dan sore hari. Apabila telur telah tampak menempel pada media, maka pindahkan media tersebut ke akuarium penetasan. Akuarium penetasan bisa berupa akuarium dengan ukuran 70 x 40 x 40 cm yang diisi air setinggi 10 cm. Beri aerasi dengan kekuatan lemah. Dalam waktu 3 hari telur pada umumnya sudah akan menetas.
Sampai dengan umur 4 hari burayak Oscar tidak perlu diberi pakan. Pada periode ini mereka akan memakan cadangan pakan yang ada pada kantung telurnya. Pada hari ke-5 burayak mulai diberi rotifera atau cyclops sebagai pakan. Hari ke-10 sudah dapat diberi kutu air saring, dan hari ke 14 sudah dapat diberikan kutu air normal. Selanjutnya dapat diberi cacing rambut.
Dalam sekali memijah Oscar dapat melepaskan 1000 - 4000 butir telur.

Florida Gar







Species Facts

Science Name:

Lepisosteus platyrhincus

Other Names:

gar, garfish, spotted gar

World Record:

7 lbs. 8 ounces FL

Environment:

stream, lake

Techniques:

medium tackle

Range:

Florida

Angler Tools

Trophy Room:

Add Florida Gar Photo

Best Times:

Monthly Astro/Lunar Tables

Recipes:

Add Recipe / 6 Recipes Posted

Reports:

Add Report

Fis...

Khamis, 14 April 2011

Ikan Kelah


Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah


Tip Akuarium: Kelah merah penghias akuarium, kolah
Oleh Helmi Hamzah

IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.
IKAN kelah merah memang terkenal kerana keunikan serta kesukaran untuk mendapatkan sama ada untuk dipelihara atau dijadikan lauk kerana ia pada kebiasaannya mendiami di hulu sungai di kawasan pedalaman hutan tebal.

Spesies ini semakin mendapat perhatian pemilik akuarium untuk memeliharanya dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Ia juga tidak ganas dan boleh dipelihara bersama ikan lain. Ikan yang dipelihara dalam akuarium boleh diberi makanan pellet (jenis pellet ikan koi) dan juga udang gantung (Macrobrachium lanchestri). Kalau sebelumnya ini hanya ikan besar ditangkap untuk dijadikan juadah, kini anak kelah ditangkap dan dijual di kedai akuarium dengan harga yang mahal.

Amalan memelihara ikan dalam akuarium atau dalam kolam kecil di laman rumah adalah hobi yang menyeronokkan. Hobi dan minat begini perlu digalak dan ditanam dalam diri generasi muda sejak kecil lagi.

Kegemaran masyarakat kita memelihara ikan hiasan lebih mementingkan kepada jenis ikan yang dipelihara, bukan kepada sistem di dalam akuarium itu sendiri iaitu secara mewujudkan keseimbangan biologi dalam ekosistem akuarium. Ini boleh dilakukan dengan menanam tumbuhan akuatik dan menyediakan penapis biologi yang dapat menampung sisa yang dihasilkan ikan peliharaan sehingga beberapa bulan tanpa menukar airnya.

Alangkah baiknya seandainya di kalangan penggemar ikan hiasan yang memelihara ikan kelah sehingga mencapai saiz tertentu atau terlalu besar untuk dipelihara di dalam akuarium; supaya melepaskan ikan itu ke dalam sungai atau tasik untuk ia berkembang biak.

Perbuatan sebegini adalah suatu usaha yang sangat disanjung. Malangnya ada antara kita yang kurang prihatin terhadap tindak tanduk yang dilakukan iaitu menangkap ikan dengan sewenang-wenangnya dan memasarkannya ke luar negara secara haram.

Menuba, meracun atau menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan sepatutnya dielakkan sama sekali kerana ini akan memusnahkan banyak sumber fauna dan merosakkan ekologi perairan kita.

Ikan Emas


Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak

oleh Ikan Oh Ikan pada pada 06hb November 2009 pukul 9.25 ptg
Tip Akurium: Elak suhu air naik mendadak
Oleh Helmi Hamzah

IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.
IKAN emas antara spesies yang disifatkan mudah dan kurang rumit dipelihara berbanding spesies lain. Namun ada beberapa tip yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan ikan peliharaan anda dapat hidup dengan lebih sihat.

Antara tip penting termasuk kualiti air kerana spesies ini dianggap sensitif pada kualiti air terutama mudah mati jika air mengandungi kandungan klorin yang terlalu tinggi kerana ia sukar untuk bernafas.

Ia mudah hidup jika dipelihara dalam pelbagai saiz akuarium namun anda disarankan menggunakan akuarium yang bersegi untuk memudahkan sejatan udara.

Suhu yang paling sesuai untuk spesies ini ialah 18 darjah Celsius. Air perlu dipastikan tidak mengandungi toksik tercemar atau kadar asid yang tinggi kerana ia mampu membuatkan ikan mudah mati.

Tindakan menyahkan klorin sekurang-kurangnya 24 jam atau lebih sebelum memasukkan ikan adalah satu cadangan yang baik kerana usaha ini dapat memastikan kualiti air yang lebih baik serta mengurangkan kadar asid di dalam air.

Aspek lain yang perlu diambil kira termasuk suhu air dan perubahan suhu air yang naik mendadak boleh menjadi punca kematian ikan ataupun menjejaskan tahap kesihatan ikan emas yang gagal bertahan dalam keadaan ini.

Selain itu, sistem pemberian makanan perlu dipantau dan anda dilarang memberi makanan terlalu kerap dalam satu hari kerana ia boleh menyebabkan kesihatan ikan terjejas sekali gus mengakibatkan kematian.

Pemberian makanan seimbang juga adalah antara amalan yang perlu dilakukan seperti memberi makanan seimbang umpama cacing hidup atau kering, makanan yang sesuai ataupun roti tanpa yis.

Ikan emas juga memerlukan keadaan yang redup dalam akuarium dengan menyediakan lebih banyak pokok bersesuaian kerana ia tiada kelopak mata dan keadaan gelap dapat membantu ia berehat.

Rabu, 13 April 2011

Trip Ke Tasik Bera


Trip memancing ke Tasik Bera...

Tarikh : 16/4/2011
( Bertolak secara konvoi dari Ipoh )

Penginapan : 2H1M

Bayaran : RM 250

Berminat sila hubungi...
En. Azhar ( 019 -5764345 )

Ikan Kalui Sabah



Ikan Kalui Sabah atau Kalui Kinabatangan (bahasa Inggeris: Giant gourami) ialah sejenis ikan hiasan yang mahal. Ia banyak ditemui diSungai Kinabatangan, Sabah. Bentuk ikan Kalui Sabah menyerupai ikan Kalui biasa kecuali hujung siripnya berwarna merah. Warna badannya hitam kebiruan dan terdapat bintik-bintik berwarna merah bata. Di bahagian kepalanya terdapat bonggol berwarna biru tua dan berbibir tebal. Ikan jantan mempunyai warna yang lebih menarik. Kebiasaannya ikan jantan akan membuat sarang daripada rumput-rumput kering di tepi kolam yang menyerupai sarang burung pipit berukuran garis pusat 30-40cm. Sekiranya telah terdapat telur melekat, sarang itu boleh diambil dan telurnya ditetaskan di dalam akuarium. Seekor induk betina dapat menghasilkan sehingga 3,000 biji telur.

Rabu, 16 Februari 2011

Perkasam Ikan Puyu

Cara Membuat Pekasam:
Bahan-bahannya:
2 pot susu beras
20 ekor ikan (puyu/sepat/lampam)
1 cawan garam
Cara membuatnya:
Basuh ikan sehingga bersih dan gaulkan bersama garam. kemudian peramkannya selama dua malam.
Serbuk Pekasam
Goreng beras tanpa minyak sehingga kekuningan dan biarkan selama 15 minit. Kemudian mesin atau kisarnya sehingga hancur.
Selepas itu, beras yang telah hancur diayak dan ambil hasilnya. Keluarkan ikan yang telah dua malam diperam dan gaulkan bersama serbuk tersebut.
Peram semula selama dua malam dan setelah itu boleh dimakan.