Sabtu, 27 September 2014

Ikan Pari

Ikan Pari Julat zaman: Kapur Akhir – Kini Pari Dasyatis americana Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan Filum: Chordata Kelas: Chondrichthyes Subkelas: Elasmobranchii Order: Myliobatiformes Keluarga: Dasyatidae Genus Dasyatis Himantura Pastinachus Pteroplatytrygon Taeniura Urogymnus Ikan Pari di akuarium Melbourne Ikan Pari atau nama saintifiknya Dasyatidae adalah sejenis keluarga ikan yang terdapat di seluruh dunia. Ikan Pari adalah bersaudara dengan ikan jerung. Tetapi tidak seperti ikan jerung, yang merupakan pemangsa yang menggerunkan dengan rahang yang berkuasa, ikan pari jarang sekali menugut manusia dan mulutnya yang kecil bukanlah ancaman sama sekali. Berhampiran pangkal ekor ikan pari terdapat taji sekitar 8-inch yang diselitupi dengan bahan yang sama yang membentuk sisik yu, yang dikenali sebagai dermis dentikle (dermal denticles). Hujung ini, yang menjadi keras dan tegang apabila ikan pari merasa terancam, berbentuk seperti pisau daging bergerigi dan memiliki bisa yang mengancam pemangsa. Sebahagian besar racun itu sendiri adalah toksin berasaskan protein yang menyebabkan kesakitan pada mamalia dan boleh juga mengubah kadar degupan jantung dan pernafasan, mengikut pada Makmal Mote Marine. Ikan pari jarang menyerang manusia, bagaimanapun sekiranya ia dipijak, ikan pari akan menggunakan tajinya sebagai satu bentuk mempertahankan diri," mengikut Nancy Passarelli dan Andrew Piercy bagi Florida Muzium Sejarah Semulajadi. "Walaupun ditikam oleh ekor ikan pari amat menyakitkan, ia adalah jarang menjadi ancaman kepada nyawa manusia." Terdapat kira-kira 200 spesies ikan pari. Ia terdapat di kedua-duanya air tawar dan di lautan. Kebanyakannya tidak mempunyai keupayaan untuk menyengat.

Musim mencandat sotong

Candat adalah sejenis peralatan menangkap sotong, ia adalah kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan. DiTerengganu musim mencandat sotong adalah bulan April hingga Julai. kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti "Bandar Terapung" yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan. Jenis candat alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya. Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam. Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada Sotong Torok, ,Sotong Telor (ketupat sotong) dan Sotong Jarum, Sotong Mengabang, Sotong Katak, dan sebagainya. “Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu yg terang (Spotlight) yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.” “Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.

Jumaat, 26 September 2014

JENIS-JENIS UDANG

1. Udang ketak
2. Udang bari/Geragau/Kepal
3. Udang minyak
4. Udang bemban
5. Udang galah
6. Udang harimau
7. Udang karang
8. Udang kuning
9. Udang merah/Ros
10. Udang pasir
11. Udang puteh kecil
12. Udang putih besar
13. Udang solo/Sualor
14. Udang Lambouh
16. Udang kara
17. Udang kertas
18. Udang lipan/Udang mentadak/Udang ronggeng
19. Udang rotan

1001 tentang Ketam Nipah

Ketam Nipah adalah sejenis haiwan laut dari jenis "KRUSTACEA" iaitu bercengkerang seperti udang. Ketam Nipah juga dikenali sebagai Ketam Bakau atau Ketam Lumpur (Mud Crab). Nama saintifiknya pula adalah SYCLLA SERRATA (sedap namanya dan sedap juga apabila dimakan). Habitat Ketam ini adalah membiak dan hidup di sekitar kawasan paya bakau yang berlumpur. Ketam Nipah membiak secara bertelur. Ketam ini boleh membesar sehingga 4 kg beratnya seekor. Ketam ini adalah dari spesis "carnivor' atau ganas.
Ketam nipah/bakau yang sedang matang telur mempunyai harga yang lebih tinggi dibandingkan dengan yang lain. Ketam sebelum diikat diletakkan ke dalam air bersih beberapa sketika. Setelah itu ketam nipah/bakau baru diikat kakinya dengan tali raffia kemudian dimasukkan ke dalam tong atau tempat lainnya yang diberi alas bawah dan penutup atasnya dari kain basah sebagai pelembab. Pasaran ketam nipah/bakau setakat ini tidak ada masalah. Bahkan permintaan tempatan belum cukup. Mengenai harga pada umumnya tergantung di mana ia dipasarkan diantara Rm 15.00 hingga Rm 25.00. dengan size 3 -4 per kg. Ketam saiz besar = RM30 sekilo (600g-keatas) Ketam saiz sederhana = RM25 sekilo (400g-599g) Ketam saiz kecil = RM24 sekilo (300g- 399g Ketam jenis ni hanya boleh hidup dalam air payau dan juga masin. Ia teramat sensitive dengan air hujan. Itu sebab kedalaman air kolam hendaklah sekurang2nya 3 kaki dalam. Cos kalau cetek, bila hujan 3 hari berturut2, air kolam dengan cepat akan berubah menjadi tawar. Satu lagi,kitaran air kolam hendaklah diambil kira juga. Sebaik2nya, pastikan air sungai sentiasa kuar masuk ke dalam kolam bagi tujuan pembersihan, cos air yang kotor boleh menyebabkan ketam2 tersebut mudah dijangkiti bakteria. Tambahan lagi, proses penyalinan kulit hanya akan berlaku sekiranya air kolam benar2 bersih!!!.. Lazimnya sepit ketam jantan adalah lebih besar dari saiz badannya...
Ketam Jantan berbeza pula dengan ketam betina…yang mana ketam betina ni,saiz badannya lebih besar dari sepit…
Ketam Betina Di bawah ini ditunjukkan perbezaan diantara ketam nipah dengan ketam batu...
Ketam Batu Haram dimakan kerana hidup lama di darat, tiada kaki pendayung spt ketam nipah@ketam nyior. BENTO/Bito ialah istilah atau gelaran tempatan di kampung untuk bubu yang direka khas untuk menjerat Ketam Nipah - Scylla serrata ( mud crab or mangrove crab). Tidak pasti pula apa gelaran untuk bubu ini di tempat lain.
Untuk menyediakan BENTO ini. Umpan perlulah di sediakan terlebih dahulu. Umpan paling popular atau power yang digunakan untuk menjerat Ketam Nipah ialah kepala ayam. Kepala ayam digunakan kerana ia amat mudah didapati. Hanya perlu pergi ke pasar dan meminta sedikit kepala ayam untuk dijadikan umpan kepada peniaga ayam. Permintaan kita pasti tertunai dan peniaga ayam akan memberikan secara percuma sahaja kerana kepala ayam ini selalunya dibuang begitu sahaja.
KHASIAT KETAM NIPAH UNTUK DEMAM DENGGI Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital. Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi. Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit. Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut. Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini. Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi. Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu. Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi. Kredit dari : http://udanggaloh.blogspot.com/2014/03/1001-tentang-ketam-nipah.html